CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 11, 2008

Indahnya Ukhwah fillah…


Ketika aku sangat sengsara dan kesedihan, ketika mataku kelam oleh penderitaan,ketika seluruh jiwaku bergoncangan kerna cintanya dunia….Tuhan hadiahkan dirimu untukku….ketika kukira sudah tidak ada jalan keluar….kau berikanku sedikit harapan untuk aku bertaut….


Saudaraku, disebalik pertemuan yang Tuhan telah takdirkan untuk kita….aku beroleh sesuatu yang selama ini aku cari….pada dirimu….aku ketemu ikatan kasih-sayang yang tersimpul atas namaNya….nama Tuhan kita yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang….Tuhan yang sangat mencintai hambaNya sedari azali….yang menulis takdir kita di Luh Mahfuz dengan rasa cinta maha besar, dengan penentuan takdir yang segalanya hanya yang baik-baik untuk kita…yang menerima janji kita sedari rahim ibu….walau akhirnya kita tega mngingkarinya….Tuhan itu yang tidak pernah bakalan melupai kita….Tuhan itu yang sentiasa merindui rintihan-rintihan hambaNya lewat untaian doa….


Kutulis karangan ini dengan airmata kesyukuran atas ukhwah fillah yang telah ku temui….ku tulis karangan ini dengan airmata penyesalan….kenapa aku tidak mahu menjejak jalan yang indah ini sedari dulu….aku wakafkan segalanya kejalanMu….walaupun hakikatnya aku tak punya apa-apa untuk dikorbankan….sedang diriku sendiri adalah milikMu….justeru segala yang Kau pinjamkan buatku…akan ku wakafkan kembali buatMu….Bersama semua teman-teman seperjuanganku….akan kami pertahankan agamaMu….akan kami tebarkan rasa cinta seluas mana tergapai oleh tangan ini….dengan aqidah yang benar dan tulus….akan kami khabarkan pada ‘mereka’ tentang kesucian agamamu….akan kami jalankan dakwah ini sebagai khidmat selama Engkau masih memberi pinjam kami nyawa…


Tuhan…karuniakanlah kekuatan dan kesabaran menempuh jalan tarbiyyah ini….pimpinlah kami ke jalan mujahadah….demi syahadah ini, tanamkanlah sifat ikhlas yang sangat mendalam di hati kami….matikanlah kami sebagai para syuhada’Mu….hadirkanlah zikir dalam setiap helaan nafas kami…..jadikanlah kami orang-orang yang lembut hatinya….lindungilah iman kami dari belaian tangan syaitan yang sentiasa memanggil-manggil ke jurang neraka…. peliharalah kami dari nafsu hewani kami yang sangat manja….tetapkanlah jasad dan hatiku dan sahabat-sahabatku dalam jemaah yang Engkau redhai…..sesungguhnya ukhwah ini keranaMu Ya Allah…

Monday, November 10, 2008

Cangkir dan Sumbu….



Ketika cobaan datang seumpama ombak yang menggulung buas….

Mohonlah kesabaran pada Tuhanmu….


Ketika pundakmu serasa kebas menanggung birat-birat dunia….

Mohonlah kesabaran pada Tuhanmu….


Ketika airmata sudah tidak kuasa untuk mengalir….

Mohonlah kesabaran pada Tuhanmu….


Ketika dadamu seperti mahu pecah menahan tekanan….

Mohonlah kekuatan pada Tuhanmu….


Ketika dunia batinmu bergoncangan dengan giurnya godaan

Mohonlah kekuatan pada Tuhanmu….


Ketika kakimu sudah tidak kuat untuk menapak….

Mohonlah kekuatan pada Tuhanmu….


Sehebat manapun hamba diduga

Terimalah seikhlasnya ia sebagai hadiah tanda cinta….

Tanda ingatan….

Dan tanda masa untuk kita kembali padaNya….


Mohonlah kesabaran pada Tuhanmu….

Akan ia bertukar menjadi kekuatanmu….

Dan keikhlasanmu….

Adalah akar untuk kekuatan itu angkuh menginjak dajal-dajal....


Ingat lagi siapa Tuhanmu….

Hanya padaNya….

Cahaya hidupmu menyala….

Tidak akan pernah terpadamkan…

Selagi dirimu punya iman….

Iman itu…Sumbumu….

Sabarlah….ikhlaslah….

Kerna itu cangkirnya….

Doa dan Cinta


Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan permohonanmu…” (Al-Mukminun: 60)

Firman ini membuatkan hati hamba menyimpan secuil rasa pada Ilahi. Ketika manusia punya keinginan didalam hati, kepada Allah ia menghiba segenap hasrat yang sangat diidam-idamkan….namun setelah beberapa ketika menadah doa, Tuhan yang Maha Kaya masih belum mengkabulkan permohonannya…. hamba itu kecewa lantas mulai meragukan janji Tuhannya…..

Pernahkah anda merasakan ini wahai sahabat sekalian? Sejujurnya….saya juga pernah punya perasaan itu. Ketika itu tidak ada lain yang terlintas melainkan istighfar sing akeh-akeh (istighfar yang banyak).

Lantas bagaimanakah seseorang harus memaknai doa? Persoalan ini benar-benar memburu batin saya….tiba-tiba , saya teringat kisah Nabi Zakaria yang permohonannya dikabulkan Allah setelah 60 tahun lamanya berdoa….saya terkenang-kenang kisah Nabi Musa yang dikabulkan doanya setelah 40 tahun memohon demi keruntuhan Fir’aun

Dalam kisah-kisah para nabi ini seharusnya ego kita hancur lebur dalam kepasrahan ketika berdoa. Betapa tidak layaknya kita menuntut Allah untuk segera mengabulkan doa….sedang kita setiap hari tanpa jemu, tanpa kita sedari menapak noda menambah dosa….sedangkan para nabi yang terbebas dari sebarang dosa malah tak henti-henti berdoa…

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Doa seseorang senantiasa dikabulkan selama dia tidak menyandang dosa, atau memutuskan silaturrahim, dan selama dia tidak terburu-buru.” Rasulullah s.a.w ditanya, “Ya Rasulullah, apakah makna terburu-buru?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Dengan si pendoa mengucapkan ‘aku telah berdoa tapi belum juga dikabulkan’ sehingga dia berasa jengkel lalu tidak mahu berdoa lagi.” (HR Bukhari dan Muslim).


Seorang pendoa sering kali memperlakukan Allah seperti ‘pelayan’ yang dapat memenuhi kehendaknya sesegera mungkin….seorang pendoa menjadi seperti seorang hamba yang memaksa Tuannya untuk meluluskan setiap keinginannya. Sahabat sekalian, layakkah sebuah permintaan kepada Ar-Rahman diekspresikan secara tergesa-gesa seraya memaksa? ketahuilah….Dia sangat merindukan pendoa yang larut dalam penantian yang panjang.

Dalam sebuah hadis Qudsi dan sebuah firmanNya, Allah berkata kepada para malaikat:

“Disebelah sana ada hambaKu yang fasik banyak berbuat dosa, berdoa kepadaKu. Penuhi permintaannya dengan segera! Kerana Aku sudah jera mendengar suaranya. Di tempat yang lain, ada seorang hambaKu yang soleh sedang berdoa kepadaku. Tangguhkan permintaannya! Kerana Aku senang mendengar rintihannya.” (oleh: KH Jalaluddin Rakhmat)

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka selalu dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)


Maka dengan ini, terdapat dua perkara yang boleh dicermati. Pertama, tidak ada doa yang tidak akan dimakbulkan, kalau pun tidak ia akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik daripada yang dipinta. Hanya soal cepat atau lambat mengikut waktu yang ditetapkan. Tapi sudah tentu….pengecualian bagi para pendoa yang tidak menjalankan perintahNya,yang tidak bernaung dalam iman kepadaNya sebagaimana yang disebut dalam firman di atas.


Kedua,doa si pencinta….hakikatnya Allah menuntut rasa cinta kita padaNya. Bukan sederet keperluan yang kita senaraikan untuk ditunaikan. Doa yang seharusnya adalah doa yang disulami rasa penghambaan. Hanya melalui ini, seorang pendoa menjadi sabar dan ikhlas. Mereka menjadi pencinta yang rindu akan Robnya dimanapun ia berada….mereka berdoa ketika suka dan duka, ketika sempit mahupun lapang,ketika miskin mahupun kaya, dalam senyum mahupun deraian air mata…..Merekalah tuan punya rintihan yang sangat disenangi oleh yang Maha Kuasa.

Kisah Rasulullah Dan Buah Syurga

Daripada Abu Said Al-Kudri, rasulullah s.a.w bersabda, ertinya……

Saat aku memasuki syurga dalam perjalanan Isra’ Mi’raj dan aku berjalan dibawah pepohonannya, maka terlihat olehku sebatang pohon besar yang sangat lebat buahnya.

Aku lalu memetik sebiji dari buah-buah itu, lalu darinya pecahlah empat bahagian. Dari setiap bahagian dari buah itu, keluarlah pula seorang bidadari. Sekiranya bidadari itu menjengukkan wajahnya keluar (dari syurga) maka akan terfitnah semua penduduk langit dan bumi. Sekiranya mereka mengeluarkan tangan sahaja, akan menjadi reduplah sinar matahari dan bulan. Dan sekiranya mereka tersenyum, nescaya seluruh langit dan bumi menjadi harum baunya.

Rasulullah dalam sabdanya berkata lagi……

Aku lalu bertanya “Untuk siapakah dirimu ini?” Bidadari pertama menjawab: “Hamba adalah calon isteri bagi Abu Bakar As-Shiddiq.” “Baiklah, kini pergilah kamu ke istana yang disediakan untuk suamimu itu” kataku kepadanya.

Kemudian aku berpaling pula kepada yang lain, lalu bertanyakan soalan yang sama “Milik siapakah pula kamu ini?” Jawabnya: “Hamba ini calon isteri bagi Umar Al-Khattab.” “Baiklah, pergilah kamu ke istana yang disediakan untuk bakal suamimu” kataku kepadanya.

Aku berpaling kepada yang ketiga, lalu bertanya soalan serupa “Untuk siapa pula kamu ini?” Maka jawabnya: “Hamba adalah milik orang yang tubuhnya telah dipenuhi darah dan kesyahidan. Dia itu adalah Uthman Bin Affan.” Baiklah, sekarang pergilah kamu ke istana yang telah disediakan untuk bakal suamimu”

Akuberpaling kepada yang keempat, lalu bertanya lagi soalan yang serupa “Siapa pula yang akan memilikimu?” Jawabnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah telah menciptakan hamba sama kecantikan dan rupa paras puterimu Saidatina Fatimah. Kemudian Allah telah memberikan nama yang sama dengan nama Saidatina Fatimah, lalu Allah mengahwinkan aku dengan Ali bin Abi Thalib, 1000 tahun lebih dulu sebelum Ali mengahwini puterimu.”

Demikianlah dikisahkan ……mereka adalah khalifah-khalifah Rasulullah s.a.w.


Sekolah Ramadhan: 26 Ramadhan 1429Hijrah


Sekolah ini kian aku tinggalkan….sekolah ini…..bukunya adalah hati, tintanya adalah niat, sedang tubuh adalah tangan yang menarikan pena didada kalbu yang baru disucikan. Tahun ini aku mendapat teman baru…..namanya iktikaf. Bersama iktikaf, saban malam aku melihat insan-insan mendirikan saf yang panjang seumpama barisan mujtahid yang bersiaga untuk pergi berperang….setiap lafaz AllahuAkbar seumpama bekalan dan perisai untuk menentang soldadu syaitan pada 11 bulan yang akan datang. ‘Madrasah’ ini berdengung dengan ayat-ayat suci dari segenap penjuru, bunyinya seperti dengung keran dari dalam sarangnya yang sarat dengan madu iman yang sangat manis rasanya……tapi yang berkawan dengan ‘iktidur’ pun tak kurang ramainya…..mungkin kalah dengan kedinginan yang menggigit tulang sum-sum…..ketika 1/3 malam terakhir melabuhkan tirainya, kedinginan yang dirasai terkadang terasa sangat luarbiasa….mungkin kerana barakah rumah Allah. Suara esak-tangis imam itu sangat terkesan pada hatiku…..sampaikan aku juga ikut merasai sebaknya…..tapi kenapa airmataku tidak ikut menitis?….mungkinkah masih ada kekurangan pada imanku Wahai Tuhan…..sedu-sedan imam itu sangat jelas lewat setiap sujudnya, serasa perasaan insafku tergugah dari muzammil kelalaian….dan ia seperti tidak mahu tidur lagi.


Siangnya sekolah ramadhan masih berjalan, tidak seperti sekolah biasa yang ada cuti sabtu dan ahad…..sekolah ini dibuka 24jam sehari 7hari seminggu…..sayangnya hanya untuk sebulan. Tidak seperti sekolah biasa yang punya had umur dan sistem yang tertakluk pada undang-undang negara, sekolah ini ditawarkan tanpa mengira had umur, keturunan ataupun kewarganegaraan…..syaratnya hanyalah mesti muslim dan yurannya adalah segala rukun dan syarat sah yang perlu dipelihara sebermula terbit fajar sampai terbenam matahari. Dengan ini, semua orang mampu bersekolah kerana uang bukan soalnya….hanya keikhlasan….


Berbeza dengan sesi malam, sesi pagi dimulai dengan rutin harian biasa seperti pergi ke kulliyyah, ke tempat kerja, berniaga dan sebagainya. sukatan pelajaran sekolah ini mengutamakan praktikal daripada teori, kerana dari situlah markah diberikan. tidak banyak gerai makan dibuka kecuali mejelang waktu berbuka. sayangnya senario di siang hari ini tidaklah seindah di malam harinya…..ada pekedai yang kurang ajar kerana membuka gerai makan seawal jam 10 pagi…..dan pengunjungnya siapa lagi kalau bukan mereka yang ponteng sekolah! Terkadang kelihatan anak-anak muda, laki-laki dan perempuan berdua-duaan, berpimpinan tangan, bercanda di tepi-tepi jalan seperti suami isteri layaknya…..kemarin juga ada seorang pelajar memaki-maki seorang amil di KL Sentral dengan kata-kata kasar semata-mata kerana permintaannya tidak ditunaikan oleh amil itu, memang patut tidak dilayan…..sejak bila kadar bayaran zakat ada diskaun?…..berbagai gelagat dan kisah manusia berlaku sekelilingku, lalu aku membuat kesimpulan…..merekalah pelajar-pelajar nakal yang tidak lulus peperiksaan gara-gara markah yang dikutip hanya dahaga dan lapar.


Sekolah ini sudah hampir tiba di penghujungnya, kekhawatiran tidak dapat aku sembunyikan…..dapatkah aku mengunjunginya lagi tahun hadapan, dapatkah aku bertemu lagi dengan temanku yang bernama Iktikaf itu…..masihkah punya kesempatan bagi aku untuk mencari LailatulQadar…..semakin dekat dengan 30 ramadhan…..semakin hati ini berat untuk melepaskan ia pergi…..markah yang dikumpul masih belum cukup lagi…..’denda-denda’ masih banyak yang belum terhapus lagi…..untuk menjalani hukumannya, sangat tidak mampu aku hadapi…..bagaimana kalau esok lusa atau beberapa detik lagi aku dipanggil ‘Guru Besar’ dan tidak akan kembali lagi…. wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…..kalau ada walau setengah zarah keikhlasan dari ibadah yang aku lakukan untukMu…..berikanlah aku kesempatan untuk bertemu ramadhan sekali lagi kalau itu yang terbaik untukku…..wahai malaikat pengawas langit dan bumi….tolonglah doakan untuk diriku…..kerana inilah masanya doa-doa pasti akan tertunaikan…..walau dari manusia, malaikat, ataupun makhluk lainnya. Amin.

Sunday, November 9, 2008


Tuhan..
hidup matiku hanya untukmu..
sambutlah cintaku..
yang benar-benar hidup untukmu..