CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 11, 2008

Indahnya Ukhwah fillah…


Ketika aku sangat sengsara dan kesedihan, ketika mataku kelam oleh penderitaan,ketika seluruh jiwaku bergoncangan kerna cintanya dunia….Tuhan hadiahkan dirimu untukku….ketika kukira sudah tidak ada jalan keluar….kau berikanku sedikit harapan untuk aku bertaut….


Saudaraku, disebalik pertemuan yang Tuhan telah takdirkan untuk kita….aku beroleh sesuatu yang selama ini aku cari….pada dirimu….aku ketemu ikatan kasih-sayang yang tersimpul atas namaNya….nama Tuhan kita yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang….Tuhan yang sangat mencintai hambaNya sedari azali….yang menulis takdir kita di Luh Mahfuz dengan rasa cinta maha besar, dengan penentuan takdir yang segalanya hanya yang baik-baik untuk kita…yang menerima janji kita sedari rahim ibu….walau akhirnya kita tega mngingkarinya….Tuhan itu yang tidak pernah bakalan melupai kita….Tuhan itu yang sentiasa merindui rintihan-rintihan hambaNya lewat untaian doa….


Kutulis karangan ini dengan airmata kesyukuran atas ukhwah fillah yang telah ku temui….ku tulis karangan ini dengan airmata penyesalan….kenapa aku tidak mahu menjejak jalan yang indah ini sedari dulu….aku wakafkan segalanya kejalanMu….walaupun hakikatnya aku tak punya apa-apa untuk dikorbankan….sedang diriku sendiri adalah milikMu….justeru segala yang Kau pinjamkan buatku…akan ku wakafkan kembali buatMu….Bersama semua teman-teman seperjuanganku….akan kami pertahankan agamaMu….akan kami tebarkan rasa cinta seluas mana tergapai oleh tangan ini….dengan aqidah yang benar dan tulus….akan kami khabarkan pada ‘mereka’ tentang kesucian agamamu….akan kami jalankan dakwah ini sebagai khidmat selama Engkau masih memberi pinjam kami nyawa…


Tuhan…karuniakanlah kekuatan dan kesabaran menempuh jalan tarbiyyah ini….pimpinlah kami ke jalan mujahadah….demi syahadah ini, tanamkanlah sifat ikhlas yang sangat mendalam di hati kami….matikanlah kami sebagai para syuhada’Mu….hadirkanlah zikir dalam setiap helaan nafas kami…..jadikanlah kami orang-orang yang lembut hatinya….lindungilah iman kami dari belaian tangan syaitan yang sentiasa memanggil-manggil ke jurang neraka…. peliharalah kami dari nafsu hewani kami yang sangat manja….tetapkanlah jasad dan hatiku dan sahabat-sahabatku dalam jemaah yang Engkau redhai…..sesungguhnya ukhwah ini keranaMu Ya Allah…

0 comments: