CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 10, 2008

Kisah Rasulullah Dan Buah Syurga

Daripada Abu Said Al-Kudri, rasulullah s.a.w bersabda, ertinya……

Saat aku memasuki syurga dalam perjalanan Isra’ Mi’raj dan aku berjalan dibawah pepohonannya, maka terlihat olehku sebatang pohon besar yang sangat lebat buahnya.

Aku lalu memetik sebiji dari buah-buah itu, lalu darinya pecahlah empat bahagian. Dari setiap bahagian dari buah itu, keluarlah pula seorang bidadari. Sekiranya bidadari itu menjengukkan wajahnya keluar (dari syurga) maka akan terfitnah semua penduduk langit dan bumi. Sekiranya mereka mengeluarkan tangan sahaja, akan menjadi reduplah sinar matahari dan bulan. Dan sekiranya mereka tersenyum, nescaya seluruh langit dan bumi menjadi harum baunya.

Rasulullah dalam sabdanya berkata lagi……

Aku lalu bertanya “Untuk siapakah dirimu ini?” Bidadari pertama menjawab: “Hamba adalah calon isteri bagi Abu Bakar As-Shiddiq.” “Baiklah, kini pergilah kamu ke istana yang disediakan untuk suamimu itu” kataku kepadanya.

Kemudian aku berpaling pula kepada yang lain, lalu bertanyakan soalan yang sama “Milik siapakah pula kamu ini?” Jawabnya: “Hamba ini calon isteri bagi Umar Al-Khattab.” “Baiklah, pergilah kamu ke istana yang disediakan untuk bakal suamimu” kataku kepadanya.

Aku berpaling kepada yang ketiga, lalu bertanya soalan serupa “Untuk siapa pula kamu ini?” Maka jawabnya: “Hamba adalah milik orang yang tubuhnya telah dipenuhi darah dan kesyahidan. Dia itu adalah Uthman Bin Affan.” Baiklah, sekarang pergilah kamu ke istana yang telah disediakan untuk bakal suamimu”

Akuberpaling kepada yang keempat, lalu bertanya lagi soalan yang serupa “Siapa pula yang akan memilikimu?” Jawabnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah telah menciptakan hamba sama kecantikan dan rupa paras puterimu Saidatina Fatimah. Kemudian Allah telah memberikan nama yang sama dengan nama Saidatina Fatimah, lalu Allah mengahwinkan aku dengan Ali bin Abi Thalib, 1000 tahun lebih dulu sebelum Ali mengahwini puterimu.”

Demikianlah dikisahkan ……mereka adalah khalifah-khalifah Rasulullah s.a.w.


0 comments: